November 21, 2024

JOHOR BAHRU: Presiden Umno, Zahid Hamidi menafikan dakwaan berlaku perebutan dalaman antara Pemuda dan Wanita berhubung calon bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, keputusan akhir mengenai calon akan dimuktamad beliau selaku kepimpinan tertinggi parti dan gabungan berkenaan.

Menurutnya, paling penting BN berhasrat memenangi PRK itu, sekali gus mempertahankan majoriti diperoleh penyandangnya, Sharifah Azizah Syed Zain.

“Jumlah pengundi di DUN Mahkota tiga kali ganda berbanding DUN Nenggiri, jadi lain padang lain belalang, maka pendekatan juga harus berbeza. Di Nenggiri hanya ada 19 pengundi Cina, manakala di DUN Mahkota, 34% pengundi adalah masyarakat Cina.

Jadi, DAP ada peranan, begitu juga MCA. Selain itu, 8% pula adalah pengundi India, jadi kita juga memerlukan kerjasama MIC dan Friends of BN.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 28 Sept, manakala penamaan calon serta pengundian awal pada 14 serta 24 Sept ini.

Pilihan raya itu diadakan susulan kematian Sharifah Azizah, 63, pada 2 Ogos lalu ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Pada PRN 2022, Sharifah Azizah yang juga bekas ketua Wanita Umno Johor menang dengan majoriti 5,166 undi menewaskan calon Pakatan Harapan, Muhammad Taqiuddin Cheman, Mohamad Nor Lingan (Perikatan Nasional) dan Mohamed Noor Suleiman (Warisan).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *