November 22, 2024

Kuala Lumpur: Indah Water Konsortium (IWK) komited dalam membantu operasi mencari dan menyelamat seorang wanita mangsa kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam berkata, pihaknya akan terus membantu pasukan penyelamat dalam usaha mengesan mangsa Vijayakumar, 48, berasal dari Andhra Pradesh, India.

Sekiranya ada, mangsa berkemungkinan akan tersangkut pada ‘inter pump station’ namun setakat ini tiada apa-apa ditemui,” katanya di lokasi kejadian, tengah malam tadi.

Katanya, fizikal tubuh badan manusia mampu untuk dihanyutkan ke dalam saluran pembentungan kerana berkeluasan 1.5 meter dan berdiameter lebih tiga meter.

“Saluran kumbahan ini adalah paip yang besar kerana ia menampung seluruh kumbahan sekitar Kuala Lumpur,” katanya.

Dalam kejadian sekitar jam 8.25 pagi semalam, mangsa sedang berjalan kaki dari arah Flat Selangor Mansion menuju ke arah Wisma Yakin, di Masjid India, tiba-tiba terjatuh selepas kejadian tanah jerlus berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *