November 24, 2024

KENYATAAN MEDIA
KETUA PENERANGANAN UMNO MALAYSIA

Penerangan UMNO Malaysia menyambut baik dan berdiri teguh di belakang Ucapan Dasar Yang disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2024.

Ucapan Dasar ini juga menoktahkan segala polemik berhubung keberadaan UMNO di dalam gabungan politik serta memulakan naratif baharu untuk merencanakan kegemilangan UMNO dalam memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara.

Penerangan UMNO Malaysia akan memberi penekanan khusus kepada penguasaan Politik Digital seperti yang diutarakan oleh YAB Presiden. Menyedari bahawa era politik kini berada dalam fasa ‘politik handphone’, Penerangan UMNO akan melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut untuk memastikan UMNO terus berdaya saing dalam peperangan persepsi yang semakin sengit:

1. Masterclass Komunikasi Digital: Penerangan UMNO Malaysia akan menawarkan modul latihan komunikasi digital untuk melatih lebih ramai jentera penerangan parti di peringkat akar umbi supaya berupaya memahami propaganda dan menghasilkan kandungan digital positif yang berkualiti dan berwibawa bagi menarik perhatian rakyat serta menyebarluaskan mesej-mesej parti dengan lebih efektif.

2. Penguasaan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI): Menghadapi cabaran teknologi AI dalam politik, Penerangan UMNO Malaysia akan memanfaatkan AI untuk mengenal pasti tren dan sentimen pengundi dengan lebih tepat dan bersasar. Ini akan membantu dalam Menyusun strategi komunikasi yang lebih berkesan dan responsive terhadap perubahan persepsi rakyat.

3. Kempen Digital Bersepadu: Penerangan UMNO Malaysia akan melancarkan kempen digital secara bersepadu dan strategik dengan memanfaatkan pelbagai platform media sosial terkini dan mempelbagaikan bentuk kandungan yang sentiasa releven dengan tren semasa seperti siri podsiar #HitamPutihKelabu (HPK) dan chatbot yang dijana oleh AI boleh menjelaskan isu-isu semasa pada bila-bila masa sahaja.

Dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini, Penerangan UMNO Malaysia yakin dapat mengukuhkan lagi kedudukan dan mengangkat imej parti terutamanya di dalam landskap politik digital, seterusnya memenangi hati rakyat terutamanya generasi muda yang menjadi penentu masa depan negara

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Ketua Penerangan UMNO Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *