September 19, 2024

KUALA LUMPUR: Umno telah lama berbudi kepada Melayu berbanding PAS dan Bersatu yang masih berkhayal dengan imaginasi perjuangan Islam serta Melayu versi mereka, kata Ketua Wanitanya Noraini Ahmad.

Dalam ucapan dasarnya, beliau berkata Umno tidak perlu membuktikan siapa lebih Melayu kerana perjuangannya kepada bangsa telah lama menyala.

“Dalam masa PAS berkhayal dengan negara Islam yang abstrak, Umno telah membina institusi Islam yang konkrit – daripada bank Islam hingga universiti Islam.

“Dalam masa Bersatu berkhayal dengan imaginasi perjuangan Melayu versi mereka, Umno sedang mengangkat martabat Melayu ke persada dunia.


Hakikatnya, Umno tidak perlu membuktikan siapa lebih Melayu kerana kita adalah perjuangan Melayu itu sendiri,
katanya pada Perhimpunan Agung Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Beliau berkata kini bukan lagi masa untuk membuktikan siapa lebih Melayu dan juara

 orang Melayu kerana retorik perkauman hanya akan merosakkan masyarakat.

“Kita sering mendengar tuduhan bahawa politik Melayu dan Islam sedang mengalami kemerosotan, bahawa suara Melayu dan Islam semakin dipinggirkan.

Ada pihak yang mendakwa kerjasama Umno dalam kerajaan perpaduan adalah pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan agama Islam. Kita perlu sedar retorik perkauman yang melampau hanya akan merosakkan fabrik sosial masyarakat kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *