November 21, 2024

Muhyiddin akhirnya mendedahkan juga senarai ahli parlimen BN yang menyokongnya. Lebih dari setahun Muhyiddin simpan nama-nama ahli parlimen BN ini dan tindakan Muhyiddin ini bagaikan hadiah kepada ahli UMNO seluruh Malaysia bersempena dengan Perhimpunan Agung UMNO 2023.

Kini ahli UMNO akan mengetahui siapa “geng broker” Muhyiddin.

Ada beberapa isu sebenarnya:-

  1. Muhyiddin celupar ketika kenyataannya ketika berceramah seolah-olah YDPA16 tidak memahami perlembagaan negara berhubung tatacara perlantikan Perdana Menteri.
  2. Tidak pernah sekali pun Tuanku mengeluarkan titah bahawa SD tersebut tidak wujud. Yang sebenarnya, Tuanku menilai dengan bijaksana keabsahan SD dari ahli parlimen BN yang tidak datang secara en bloc seperti parti politik lain. Jika dirujuk kepada surat akuan bersumpah wakil rakyat BN yang ditandatangani sebelum PRU14, kesemuanya bersetuju menyerahkan kuasa membuat keputusan kepada Presiden UMNO/Pengerusi BN. Maka SD sembunyi-sembunyi menyokong Muhyiddin tidak terpakai.(Betulkan jika saya silap di sini).
  3. Jika ditolak SD sembunyi-sembunyi dari wakil rakyat BN, apakah Muhyiddin layak jadi PM ke-10?
    (PN 74 + GPS 23 + GRS 6 + BN 10 + 2 bebas = 115), kemudiannya GPS dan GRS menarik sokongan terhadap Muhyiddin sebelum Anwar mengangkat sumpah sebagai PM ke-10 dan pembentukan kerajaan perpaduan. Ini sejarah sebenarnya yang Muhyiddin tidak ceritakan di dalam kempen #PRKNenggiri

Muhyiddin perlu perjelaskan kenapa kedua parti gabungan dari Sabah dan Sarawak menarik balik sokongan tersebut.

Kesimpulan mudah, keabsahan 10 SD dari ahli parlimen BN diragui dan YDPA16 membuat keputusan yang bijaksana. Jadi apa niat Muhyiddin mengungkit kononnya jumelohh sokongan yang beliau perolehi adalah “sejarah”? Sejarah apa?

Nota: Baca betul-betul lampiran surat dari Muhyiddin, mana ada sebut SD dari ahli parlimen BN datangnya secara en bloc.

Daulat Tuanku!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *