November 23, 2024

KUCHING: Dua pelajar perempuan hilang selepas perahu tambang yang mereka naiki karam ketika menyeberangi Sungai Kayan, di Kampung Selampit, Lundu, hari ini.

Ketika kejadian pada pada jam 6.10 pagi itu, difahamkan 15 pelajar menaiki perahu berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.33 pagi.

Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu diarah ke tempat sejurus menerima panggilan itu.

Menurutnya, dalam laporan awal yang diterima pihaknya, tiga pelajar dilaporkan hilang tetapi seorang berjaya ditemui dengan selamat.

“Pencarian awal sudah dilancarkan oleh penduduk dan berjaya menemui seorang mangsa iaitu Abraham Nyoeng, 16 dalam keadaan selamat. 

“Anggota bomba kini meneruskan pencarian bersama dengan penduduk kampung untuk mengesan dua lagi pelajar perempuan iaitu Alsma Jithil, 14 dan Helena Fasha Petrus, 17,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *