September 19, 2024

Petaling Jaya: Seorang lelaki cedera apabila disamun sekumpulan tujuh penjenayah bersenjatakan parang dan kayu berhampiran stesen minyak di Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, dalam kejadian pada 4.30 pagi, suspek memukul mangsa berusia 41 tahun dan mengambil wang serta rantai lehernya.

“Akibat kejadian, mangsa cedera di kepala dan tangan selain mengalami kerugian kira-kira RM15,000,” katanya dalam kenyataan.

Shahrulnizam berkata, pihak polis sedang mengesan suspek dan menyiasat kenderaan yang dinaiki kumpulan penjenayah itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. 

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *