September 19, 2024

Pendapat penganalisis politik,

Post mortem kenapa PasPN kalah teruk. Maaf ini saya bantu bagi menyedarkan rakyat Kelantan supaya tahu kenapa calon boneka Pas kalah di pilihanraya kecil ini.

1. PasPN menipu rakyat di dalam soal memilih calon. Tindakan PasPN membuktikan Pas memperbodohkan rakyat Nenggiri dan Kelantan khasnya. Calon dari ahli Pas, dilakonkan keluar Pas dan masuk parti Muhyiddin. Kesian rakyat Kelantan, kesombongan Pas sudah sampai tahap mereka anggap mereka dewa politik.

2. Pas cuba perbodohkan pengundi Nenggiri dengan menggunakan bekas pemimpin UMNO yang dibuang parti sebagai jentera utama parti termasuk sebagai penceramah utama, rakyat Kelantan tidak lupa dan tahu kenapa mereka dibuang dan mereka ini hanya menunggang Pas, jadi penyokong Pas sekali lagi rasa Pas cuba bodohkan mereka.

Siapa tak kenal Annuar LV, Ibrahim Ali dan lain-lain yang bersama mereka. Annuar LV sekadar ingin namanya berada di saf pimpinan Pas Kelantan dan berharap akan menjadi calon pada pru16 atau jawatan di kerajaan negeri.

3. Pemimpin Pas hanya datang berceramah dengan lagak dewa, MB dan bekas MB yang tidak pernah berjasa kepada rakyat Kelantan. Mereka hadir dengan pakaian segak dan kereta mewah. Mereka tidak turun berjumpa rakyat. Dan kalau berjumpa pun mereka hanya hulurkan megi dan biskut tawar mayat.

4. Orang Asli kembali menyokong UMNO BN dan mereka keluar mengundi beramai-ramai sebagai tanda sokongan. Usaha menyekat mereka keluar mengundi tidak berjaya.

5. Tanah milik rakyat di Nenggiri terlalu banyak kononnya “disalah lulus” selama ini terbongkar satu persatu.

6. Pas tidak berani menunggang dalil kali ini kerana mereka telah kehabisan dalil. Penceramah bertaraf ustak politik banyak yang terpaksa direhatkan kerana pengundi Nenggiri telah sedar mereka ditipu dengan dalil palsu dan amat yakin Pas hanyalah sebuah parti politik penunggang.

MB Pas berceramah menggunakan dalil kepala lutut beliau dan ceramah beliau kali ini tidak mampu lagi menarik minat rakyat Nenggiri.

7. Isu menantu Muhyiddin yang masih bersembunyi di luar negara, dikatakan ada anak menantu pemimpin tertinggi Pas didakwa di dalam kes “scammer derma palestin”, anak Hamzah Zainuddin didakwa dalam kes minyak masak, anak MB Perlis juga ada kes, tanah dan projek di Kelantan terlalu banyak kononnya salah urus atau mungkin “salah bagi”?

8. Anak pinak pemimpin Pas disusun bekerja di dalam kerajaan negeri?

9. Kerajaan Pas sentiasa memberikan alasan bagi isu air bersih kepada rakyat Kelantan.

10. Banyak lagi

Kesimpulan, rakyat Kelantan wajib tukar kerajaan Pas pada PRU16 nanti!

Azmy Awang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *