November 21, 2024

Korea Selatan: Khabar angin hubungan cinta antara bintang Kpop, Lisa BlackPink dengan anak keempat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat barangan mewah terbesar di dunia iaitu LVMH, Frederic Arnault nampaknya semakin tersebar luas. 

Pada 15 Ogos lalu, gambar kedua-dua mereka saat berada di Hawaii dan menjamu selera bersama di sebuah restoran tersebar luas sekali menguatkan desas desus berkenaan.

Meskipun tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kedua pihak, lebih menguatkan lagi kisah percintaan itu apabila Lisa muncul sebagai penampilan khas rancangan No Prepare oleh Lee Young Ji pada 16 Ogos lalu. 

Dalam rancangan terbabit, Lisa mengakui bahawa lirik kegemarannya adalah ‘Tight dress, LV sent it’ sambil bergaya dengan beg tangan jenama mewah itu yang dimilikinya. 

Malah, spekulasi cinta yang timbul bertambah kuat selepas Lisa diumumkan sebagai duta untuk jenama fesyen LVMH itu, termasuk kisah percintaan yang semakin menjadi perhatian luas.

LVMH adalah syarikat yang memayungi jenama fesyen mewah termasukTiffany, Dior, Fendi, Givenchy, Marc Jacobs, Stella McCartney, Loewe, Loro Piana, Kenzo, Celine, Sephora, Princess Yachts, TAG Heuer dan Bulgari selain Louis Vuitton serta Moët Hennessy sendiri. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *