September 19, 2024

Sepang: Tukang tilik yang dipanggil ‘master’ direman lima hari, susulan kes memperkosa seorang wanita tempatan dalam kejadian di sekitar Puchong, Selangor.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Yusof berkata, mangsa membuat laporan 1.54 pagi semalam mendakwa dirogol suspek.

“Suspek seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun ditahan di sekitar Puchong, Selangor kira-kira 11.15 malam semalam.

“Siasatan mendapati mangsa mengenali suspek melalui media sosial di mana suspek dikatakan boleh menilik nasib dan membuang nasib buruk mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, lelaki itu direman lima hari bermula hari ini hingga 21 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Wanita yang dikenali sebagai Linda, 24, berkata, dia pada mulanya terpedaya dengan perkhidmatan ditawarkan lelaki berkenaan menerusi iklan di media sosial bagi mengubah nasib hidupnya.

Menurutnya, sejak daripada itu, lelaki berkenaan yang dipanggil ‘master’ beberapa kali memperdaya dan meyakinkannya bahawa dia adalah teman hidupnya dan perlu menjadi teman wanitanya sekiranya mahu mendapat nasib yang baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *