September 20, 2024

HELIKOPTER terhempas ketika latihan di Pangkalan TLDM Lumut

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak, yang mengorbankan 10 pegawainya.

Mereka yang terkorban dari HOM-AW139 dikenal pasti sebagai

  1. Kdr Muhammad Firdaus Ramli;
  2. Lt Kdr Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin;
  3. Lt Kdr Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi;
  4. PW II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun;
  5. PW II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy;
  6. BM TNL Noor Rahiza binti Anuar (Penumpang)
  7. LK I JJM Joanna Felicia anak Rohna. 

Manakala dari pesawat Fennec dikenal pasti

8. Kdr Muhamad Amir Mohamad;

9. Lt T Sivasutan

10. PW II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kejadian membabitkan helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan helikopter FENNEC TLDM.

“Seramai 10 kru terbabit insiden iaitu tujuh kru Helikopter HOM TLDM manakala tiga kru Fennec TLDM.

“Kesemua mangsa disahkan terkorban di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut untuk proses pengecaman,” kata kenyataan itu.

TLDM memohon orang ramai supaya tidak menularkan video kejadian demi menjaga sensitiviti keluarga dan proses siasatan.

Dalam kejadian 9.30 pagi, dua helikopter yang sedang menjalani raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut dilaporkan bertembung dan terhempas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *