December 18, 2024

Hasrat pelakon dan pengacara, Ain Edruce untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian selepas berkongsikan khabar duka dia mengalami keguguran.

Menerusi Instagram, Ain berkongsikan momen gembira ketika diawal kehamilan keluarganya gembira mendapat perkhabaran tersebut sehingga disahkan keguguran.

Menurut Ain, dia mengalami pendarahan yang banyak sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital dan menyifatkan ianya kesakitan yang tidak pernah dia rasa sepanjang hidupnya.

“Simpan sini buat kenangan. Betul la orang cakap, sakit gugur tu lagi sakit dari bersalin. Waktu ini, saya pendarahan tanpa henti dari rumah ke unit kecemasan.

“Tak pernah saya rasa sakit macam ni dalam hidup. Ubat tahan sakit paling kuat pun tak mampu lawan betapa sakitnya perut aku waktu ini,” tulisnya.

Sementara itu, Ain berkata anak sulungnya, Soraya turut bersedih seolah memahami situasi yang sedang dilalui oleh ibunya itu.

“Time ini aku bagitahu Soraya ‘No more baby adik’. Kami dua-dua nangis. Soraya cakap dekat aku ‘Tak mengapa, nanti Allah bagi adik baharu’,” tulisnya.

Perkongsian Ain mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menitipkan kata-kata semangat buat selebriti itu serta mendoakan agar diberi rezeki lagi untuk hamil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *