September 20, 2024

Gambar Hiasan

Kanak-kanak perempuan lima tahun meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kereta ibunya yang diparkir berdekatan pintu belakang Hospital Shah Alam di sini, kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang pegawai perubatan hospital berkenaan, pada 8.01 malam. 

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati mangsa ditinggalkan oleh ibunya secara tidak sengaja di dalam Perodua Axia selepas mangsa diambil dari sebuah taska yang berdekatan, kira-kira 2 petang. 

“Semasa ditinggalkan, mangsa dalam keadaan tertidur dan enjin kereta dimatikan. Ibu kanak-kanak itu yang berusia 34 tahun yang juga kakitangan hospital hanya menyedari kejadian terbabit selepas dihubungi suaminya, pada 6 petang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *