December 18, 2024

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah berkata dia bukan seorang yang ‘gila’ perhatian hingga sanggup mencipta kontroversi seperti yang didakwa segelintir pihak.

Memetik Hib Glam, Bella berkata dia tidak pernah terlintas untuk mencari perhatian dan cerita sensasi yang diperkatakan adalah diluar kawalannya.

“Sama juga azam seperti orang lain, saya juga mahu kurang jadi bahan sensasi untuk tahun ini. Ramai cakap saya sukakan kontroversi, sedangkan tidak! Sumpah demi Tuhan, saya tidak sukakan perkara itu. Kadang-kadang semua itu diluar jangkaan,” katanya.

Sementara itu, Bella berkata tahun ini dia berazam agar tiada kontroversi yang teruk membabitkan dirinya. Dalam pada itu, Bella turut bersyukur suaminya, Aliff Aziz menunjukkan perubahan positif sebagai suami serta ketua keluarga.

“Sekarang ini iaitu tahun 2024 memang saya dapat rasakan situasi yang sangat berbeza seperti berpeluang menghabiskan masa dengan anak-anak.

“Aliff juga menunjukkan banyak perubahan yang sangat besar untuk rumah tangga, jadi suami yang baik, Alhamdulillah,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *