October 18, 2024

Samada umpama menyimbah api dengan minyak tanah atau mengambil kesempatan demi kepentingan diri atau parti yang di wakilinya.

Azhar Idrus nampak begitu galak dan gigih berkempen di pilihanraya kecil parlimen Pulai dan juga Dun Simpang Jeram. Kemunculannya di ceramah Bersama kononnya ikon anak muda PAS malam tadi menunjukkan Azhar Idrus kini kembali sebagai ‘ustaz politik PAS’ setelah sekian lama menyepi akibat dikekang oleh kerajaan PAS Terengganu pada penggal yang lepas.

PAS Terengganu mungkin melihat Azhar sebagai ancaman kerana mempunyai pengikut yang ramai dan telah ‘melepaskan’ beliau daripada arahan tidak mempunyai watikah kebenaran mengajar di masjid di Terengganu pada penggal yang lalu.

Azhar terlibat secara langsung dan tidak langsung berkempen untuk PAS di Kelantan, Kedah dan juga Terengganu pada pilihanraya negeri baru-baru ini. Azhar yang juga pernah dilanda kontoversi berikutan tersebarnya video panas di ranjang Bersama seorang wanita yang dikatakan isteri mudanya? Namun sehingga kini kes tersebut disenyapkan begitu sahaja. Malah lucunya, pengikut ‘totok’ Azhar menjelaskan bahawa video panas tersebut adalah video yang diedit dengan menggunakan teknologi Thailand? Sehingga hari ini Azhar tidak tampil mejelaskannya.

Azhar tidak mendapat Pendidikan formal dan tidak mempunyai kelulusan akademik malah tidak dapat dipastikan dengan jelas beliau adalah lulusan dari university mana dan pengkhususannya dari bidang apa(pengajian Islam). Ramai di kalangan ‘ustaz politik’ PAS yang diragui tingkat kelulusan akademiknya termasuk Menteri Besar Kelantan yang baharu. Kelebihan Azhar hanyalah menghafal beberapa potongan hadis dan firman serta membuat persediaan awal dengan penyediaan soalan dari jemaah masjid dan surau(tidak pasti soalan tersebut dari hadirin atau yang direka oleh beliau). Ada ramai ulama yang menegur cara beliau menimbulkan suasana gelak ketawa di dalam masjid sewaktu kuliah adalah bertentangan dengan sunnah Nabi saw.

Terkini, Azhar dikatakan membuat satu hantaran dan tidak dapat dipastikan samada hantaran ini berupa status Utama atau komen kepada status Syed Saddiq. Dan jika ini palsu maka Azhar perlu perbetulkan dengan segera.

Perlu memahami dengan betul perjalanan kes Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bukannya melihat angka pertuduhan yang ditujukan ke atas beliau. Dalam konspirasi jahat yang terancang, jumlah pertuduhan adalah bertujuan untuk membunuh karektor seseorang. Jika melakukan jenayah, satu pertuduhan sudah memadai.

Syed Saddiq ketika dikenakan empat pertuduhan berkaitan RM1.12 juta dana parti Bersatu beliau pernah membuat penjelasan apa maksud “Prima Facie” iaitu tidak bermaksud sudah dibuktikan bersalah. Namun apabila Zahid dilepas tanpa dibebaskan nada dan pandangan Syed Saddiq mula berubah sepenuhnya. Naratif “kes sudah hamper di garisan penamat” dan seumpamanya mula dimainkan supaya Nampak wujudnya campurtangan kerajaan Madani di dalam perbicaraan ini.

Azhar perlu berhati-hati( jika benar itu status beliau). Mengajar du kuliah tentang penyebaran berita tidak benar atau palsu adalah berdosa besar. Membuat penafsiran terhadap segala firman dan hadis menjurus ke arah mengundi PAS juga adalah sesat yang nyata.

Menteri Agama Malaysia sibuk dengan apa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *