November 18, 2024

Pengakuan ikhlas dari calon Pas PN, Dr Mazri bahawa beliau bertanding bukanlah kerana keinginannya sendiri tetapi merupakan arahan dari PAS Pusat. Beliau yang pernah bertanding pada PRU yang lalu dan kalah teruk sehingga hilang wang deposit. Ini adalah bukti bahawa pengundi di sana menolak beliau secara total.

Kini beliau hadir sebagai calon yang diarahkan oleh PAS Pusat maka jika kalah lagi sekali beliau tetap redha. Beliau masih seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta yang terkenal di Johor dan bukannya warga Simpang Jeram. Beliau dan keluarga menetap di Johor Bharu. Sehingga ke hari ini, calon PAS PN ini tidak menyatakan akan meninggalkan kerjaya sebagai doktor pakar di hospital tersebut.

Bagaimana seorang wakil rakyat mampu mengurus segala permasalahan rakyat apabila beliau mempunyai kerjaya lain? Adakah mempunyai lebih dari satu majikan akan menjadikan beliau seorang yang perihatin sedangkan majikan utamanya adalah rakyat itu sendiri.

Jika Mazri mengatakan beliau memberi tumpuan kepada kerjayanya sebagai wakil rakyat, ini bermaksud beliau boleh berhenti kerja sebagai doktor pakar. Wakil rakyat bukanlah suatu kerjaya ‘part time’ dan bukan juga kerja yang boleh dilepaskan kepada pembantu pejabat untuk menguruskan ehwal rakyat.

Sepanjang siri kempen, Mazri juga tidak berani berjanji untuk berpindah ke Simpang Jeram.

Pengundi sudah boleh membuat keputusan siapa wakil rakyat yang bakal menjaga mereka selama 5 tahun mendatang. Jangan kerana tertipu maka 5 tahun menyesal tak sudah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *