Muhyiddin dan seluruh saf kepimpinan Perikatan Nasional(PN) nampak hilang arah di pilihanraya kecil parlimen Pulai dan Dun Simpang Jeram.
PN terpaksa menggunakan pelbagai dalil untuk menarik hati pengundi di sana untuk mengundi mereka. Jika Hadi Awang dengan pelbagai tafsiran mengenai kehebatan Melayu Nusantara, Muhyiddin pula tanpa rasa malu untuk mempermainkan dalil semata-mata untuk meraih undi.
Dalam Islam, dalil adalah pembuktian suatu kebenaran. Samada berdasarkan firman, hadis dan sirah perjalanan Nabi saw dan Sahabat. Malah Dalil merupakan salah satu petunjuk yang penting dalam Islam. Dalil bukan untuk memutar belit kebenaran terutama untuk kepentingan politik atau peribadi.
Muhyiddin dilihat mempermainkan dalil tanpa ada sanggahan atau teguran dari kepimpinan Pas. Inilah bukti jelas bahawa Pas bukanlah suatu platform perjuangan Islam tetapi hanya alat untuk memenuhi nafsu beberapa kerat manusia berkepentingan di dalamnya.
Muhyiddin malu keraja beliau dipaksa meletakkan jawatan dan dilabel sebagai PM gagal maka pelbagai cara digunakan untuk menyerang kerajaan perpaduan hari ini.
Muhyiddin masih bergelut dengan kes AMLA, pengubahan wang haram di mahkamah dan paling memalukan adalah menantunya turut melarikan diri ke luar negara.
Satu sahaja untuk selamatkan mereka semua dari disumbat ke penjara ialah dengan menebuk atap kerajaan pada hari ini.