December 18, 2024

Apabila Pas dengan sengaja menghebahkan 4 MB mereka datang mengadap Mahathir maka isyarat yang jelas adalah Pas sudah bersedia melangkah tanpa PPBM.

Mengenali Mahathir, beliau hanya mengadap Dap dan Anwar apabila keperluan peribadinya mendesak. Sebaliknya jika ada yang perlu mengadapnya maka Mahathir yang menguasai penuh ‘game’ tersebut.

Tidak dinafikan penglibatan Mahathir membantu Pas ketika pilihanraya di enam negeri baru-baru ini. Mahathir bukan turun untuk berceramah sahaja tetapi mungkin turut membantu dari segi kewangan?

Apabila tangan kanan Mahathir bergerak, mata anda perlu memerhati arah gerakan tangan kirinya. Hari ini beliau bercakap soal penyatuan Melayu, pada ketika yang sama beliau adalah arkitek utama perpecahan Melayu. Menurut sumber rapat, selagi anaknya Mukhriz belum di tempat yang beliau inginkan, Mahathir tidak akan berhenti begitu sahaja.

Kesemua 4 MB Pas tidak mempunyai ‘track record’ mentadbir negeri dengan cemerlang. Apa yang mereka ada ialah rekod berceramah mengutuk dan menyerang kerajaan pusat termasuk memutar belit pemikiran rakyat.

Hampir sebulan berkuasa dan menjadi MB, apa mereka buat? Yang dipamirkan rakyat adalah jamuan kesyukuran kerana menang besar, billboard ucapan terima kasih kepada pengundi, menziarahi bekas MB dan bekas TMB dan membawa anak pinak berjalan di KLCC dengan mengharapkan boleh membuat konten Tik Tok berswafoto dengan pengunjung?

Manifesto entah kemana dan tiada sebarang perubahan pentadbiran.

Apabila melihat adanya geng broker bersama di dalam perjumpaan tersebut, anda akan lihat rakyat semakin terjauh dan Mahathir akan menjadi subjek utama Pas.

Mungkinkah mereka sudah nampak Muhyiddin bakal ke penjara dan isu dana judi bakal meletup?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *