December 18, 2024

Perikatan Nasional membuat keputusan yang salah apabila meletakkan calon bagi kerusi Dun Simpang Jeram adalah dari individu yang pernah kalah sehingga hilang deposit pada PRU yang lepas.

Kesilapan yang kedua adalah menggunakan status atau latar belakang calon sebagai doktor pakar yang kononnya dicanang mampu merubah landskap politik negeri Johor dan pusat. Tiada kena mengena kerjaya doktor pakar dengan khidmat masyarakat kerana sejarah negara membuktikan sudah ramai yang bergelar doktor menjadi wakil rakyat malah menjadi menteri termasuk Menteri Kesihatan. Calon PN di Dun Simpang Jeram adalah bukan doktor pakar yang pertama menjadi calon.

Kesilapan seterusnya adalah cita-cita PAS Johor ingin menjadi wakil rakyat kedua dari parti PAS yang menjadi wakil rakyat Dun di Johor. Menurut Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin, berkata sebelum ini PAS menang di Sungai Abong juga melalui seorang doktor, Dr Sheikh Ibrahim Salleh sebelum kerusi itu dirampas Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sehingga kini.

Jika berlatar belakang doktor menjadi sandaran, kenapa adun PAS tersebut kalah pada PRU14? Sudah tentu beliau tidak memberikan khidmat cemerlang bagi rakyat di Dun tersebut. Mengenali PAS, wakil rakyat mereka lebih banyak berceramah dari memerah tenaga untuk membantu rakyat. Lima tahun bukan jangkamasa yang pendek dan masyarakat Dun tersebut bakal terpinggir dengan perangai wakil rakyat yang hanya bekerja dengan ‘mulut’ sahaja.

Mazri tidak rugi sedikit pun jika kalah kerana sebelum ini beliau juga kalah bertanding dan kembali kepada posisi asalnya sebagai doktor pakar dengan gaji yang teramat lumayan. Malah jika menang, Mazri belum tentu akan tinggalkan kerjaya yang gajinya jauh lebih banyak dari seorang wakil rakyat.

Mazri tidak ada klinik persendirian untuk membantu rakyat secara percuma seperti Tengku Adnan Tengku Mansor di Putrajaya. Walaupun bukan seorang doktor, Ku Nan membantu meringankan beban rakyat di kawasannya secara percuma.

Mazri boleh?

Bangsa Johor, biarkan PN membuat silap percaturan jangan rakyat Dun Simpang Jeram merana selama 5 tahun mendatang akibat tersilap pilih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *