September 20, 2024

Shah Alam: Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) sudah menemui perakam suara kokpit (CVR) iaitu sebahagian daripada kotak hitam milik pesawat yang terhempas di Bandar Elmina, di sini, ditemui 10.20 malam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata CVR itu kemudian dibawa BSKU ke makmal untuk tindakan lanjut. 

“CVR adalah adalah sebahagian daripada komponen kotak hitam dan ia ditemui pada jam 10.20 malam, manakala satu lagi komponen iaitu perakam data penerbangan (FDR) belum ditemui. 

“Pencarian dan pemprosesan bagi fasa pertama sudah selesai 10.30 malam, yang mana kita jumpa 10 mayat dan lima lagi bungkusan cebisan badan. 

“Kesemua mayat serta cebisan itu akan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi proses bedah siasat dan pengecaman,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, proses bedah siasat dijangka selesai tengah hari esok. 

Katanya, proses pencarian fasa kedua diteruskan malam ini untuk mencari jika masih ada yang tertinggal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *