November 18, 2024

Menang kesemua kerusi Dun Terengganu menjadikan Pas Terengganu mempunyai ‘absolute power’ atau kuasa penuh atau kuasa diktator bagi negeri Terengganu.

Boleh dibaca apa yang Pas Terengganu akan buat apabila berkuasa. Jika dengan adanya wakil rakyat UMNO sebagai pembangkang dahulu pun Pas berani melanggar Dasar Tanah Negeri, apalagi kini tiada siapa yang akan bising di dalam Dewan Undangan Negeri.

Pas dan tanah milik kerajaan tidak dapat dipisahkan. Ketika Hadi Awang naik menjadi Menteri Besar, perkara utama yang kerajaan Pas lakukan ketika itu adalah menjual tanah strategik milik kerajaan kepada koperasi Pas. Apabila sekali lagi Pas menawan Terengganu, antara agenda pertama Pas adalah menjual kembali tanah yang sama kepada persatuan milik penuh Pas sedangkan tanah tersebut telah diambil balik dengan harga yang membuatkan Pas untung hampir RM10 juta. Pembayaran dibuat dengan wang rakyat Terengganu.

Sudah kedengaran bahawa Pas Terengganu akan membina Pusat Tarbiyah Pas Terbesar di Malaysia seperti WTC milik UMNO di KL.

Siapa akan halang kerana tiada lagi pembangkang di Terengganu.

Kini di Terengganu hanya rakyat sebagai pembangkang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *