September 19, 2024

Mohd. Rafiq Abdullah ketika memberi ceramah kempen pertamanya di PDM Kampung Kuang, baru-baru ini.

Oleh LEA AZALEA

Petik sana, petik sini. Lepas tu salahkan org. Itu ke kualiti calon wakil rakyat yang kita mahukan?

Menyalahkan orang lain untuk selamatkan diri sendiri. Itulah yang dilakukan Mohd. Rafiq Abdullah, calon PN di DUN N.13 Kuang.

Pada 1 Ogos lalu, Ketua Bersatu Bahagian Sungai Buloh itu mencetuskan kontroversi setelah membodohkan Perdana Menteri dan barisan Kabinet pada ceramah pertamanya di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Kuang.

Isu itu mendapat liputan luas media sosial sehingga Rafiq tertekan.

Rafiq dikatakan koyak kerana isu itu sedikit sebanyak memberi political mileage kepada Datuk Hasnal Rezua Merican, calon BN DUN N.13 Kuang.

Semalam, Rafiq dilihat ketandusan idea apabila sekali lagi berselindung di sebalik kenyataan orang lain demi ‘content’ kempen pilihan raya negeri (PRN).

Semasa menyampaikan ceramah di tapak pasar malam Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri, Rawang semalam, Rafiq dengan sinis menyelar pihak yang cuba menyeleweng fakta.

Berikut transkrip ceramah beliau yang diterjemahkan dalam bentuk penulisan pula:

“Saya dan rakan-rakan dalam Perikatan Nasional bersama Tan Sri Muhyiddin sangat bersyukur sebab Allah Taala bagi peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

“Kita bersyukur Rafizi Ramli jadi Menteri Ekonomi. Sebab apa…?

“Sebab Tony Pua sebut…bukan saya kata ya. Hari tu…, ada orang potong video saya, kata saya kata Anwar Ibrahim ni bodoh. Saya tak kata…saya tak sebut pun benda tu…yang sebut benda tu Tony Pua.

“Orang yang rakam…, jangan potong-potong, lepas tu sambung edit benda tak betul.

“Tony Pua sebut dalam ceramah dia, dia kata our ministers are stupid…dia kata menteri-menteri..ni bukan saya kata, ni DAP…ni Tony Pua sebut our ministers are stupid dan di akhir ceramah, dia kata the prime minister is stupid…bukan saya kata…dia kata..”.

Itu saja modal dia. Asyik ulang-ulang kata Perdana Menteri dan Menteri Kabinet bodoh. Lepas tu, nak selamatkan tengkuk, dia kata ayat bodoh bukan dia sebut tapi dipetik dari Tony Pua.

Bacaannya mudah. Selagi ayat membodohkan orang itu keluar dari mulutnya maka itu atas risiko dan tanggungjawabnya. Mengapa perlu salahkan orang lain?

Lagi satu, kenapa perlu memetik kenyataan pihak lain untuk menghentam orang? Adakah beliau tak berani?

Calon wakil rakyat sebeginikah yang kita mahu?

PRN15 #PRNSelangor #Kuang #N13 #TetapSayang #HRM #Perpaduanready #kitaselangor #DemiKestabilan #DemiKemakmuran #Hasnal #HasnalKuang #CalonNo1 #HasnalSatu #HRM1 #SuaraKuang #KuangKuSayang

BandarTasikPuteri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *