September 19, 2024

Isu wanita Kemasik yang juga ahli Pas di situ masuk episod baharu, Ezza Suria telah menerima surat saman malu dari Saiful Azmi, calon Pas Dun Kemasik Terengganu.

Gambar-gambar yang Ezza keluarkan ini adalah bukti bagaimana mereka mempunyai hubungan sulit perbincangan antara mereka di dalam membuat tuntutan terhadap program kerajaan pusat, Penjana. Dan lokasi perbincangan tersebut berlaku di Pusat Kursus ABMT Jenagor.

Ketika ini Saiful memujuk Ezza untuk bernikah di hadapan ahli keluarga Ezza di sebuah restoran di Kuala Berang.

Menurut Ezza, gambar ini diperolehi dari telefon bimbit adik beradiknya kerana telefon bimbit miliknya dikosongkan peti simpanan foto selepas diambil oleh SPRM.

Ezza menegaskan akan pertahankan kebenaran setiap dakwaannya termasuk hubungan luar nikah dan penipuan skim Penjana di mahkamah.

Di dalam surat akuan bersumpahnya jelas, setiap nama yang beliau sebut termasuk Presiden Pas akan beliau minta untuk menjadi saksi.

Biar mahkamah putuskan, siapa aniaya siapa, siapa menipu siapa dan siapa yang melakukan perkara terkutuk.

“Saya boleh bersumpah laknat di mana sahaja masjid yang dipilih oleh Hadi Awang termasuk Masjid Rusila” tegas Ezza.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *