September 19, 2024

HASNAL REZUA MERICAN merupakan calon terbaik dipilih sebagai wakil rakyat Kuang untuk tempoh lima tahun akan datang.

Oleh ROHANA MAN

KUANG – Datuk Hasnal Rezua Merican, calon No.1 mewakili Kerajaan Perpaduan PH-BN memohon satu minit masa pengundi untuk memilihnya di atas kertas undi agar beliau dapat memberikan khidmat dan bakti terbaik kepada seluruh penduduk Kuang tanpa mengira latar belakang dan ideologi politik.

Beliau memohon pengundi DUN N.13 Kuang membuat keputusan bijak dengan memilihnya sebagai wakil rakyat Kuang untuk tempoh lima tahun.

“Saya mohon tuan-tuan dan puan-puan menilai prestasi saya sebagai calon dan aspirasi serta hala tuju masa depan yang lebih gemilang untuk seluruh Kuang yang telah saya bentangkan, serta pengalaman ekstensif saya sebagai peguam,” katanya dalam satu kenyataan kepada media di sini, hari ini.

Hasnal Rezua berkata, beliau mempertaruhkan semua yang tersebut agar warga Kuang dapat memilih wakil rakyat terbaik.

Beliau memohon sokongan, dukungan dan undian pengundi berdaftar di DUN Kuang yang berjumlah 45,606 orang.

Daripada jumlah itu, seramai 35,021 adalah pengundi Melayu, 4,514 pengundi Cina, 3,815 pengundi India dan 2,256 pengundi lain-lain kaum.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Selayang mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Mengundi kepada seluruh pengundi DUN Kuang.

Esok, 12 Ogos 2023 adalah hari membuang undi PRN Selangor Ke-15.

PRN15 #PRNSelangor #Kuang #N13 #TetapSayang #HRM #Perpaduanready #kitaselangor #DemiKestabilan #DemiKemakmuran #Hasnal #HasnalKuang #CalonNo1 #HasnalSatu #HRM1 #SuaraKuang #KuangKuSayang #BandarTasikPuteri#lembahhijau#kundang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *