November 17, 2024

Oleh Fatimah

PAS sudah memerintah Kelantan lebih dari 33 tahun. Oleh itu, parti tersebut tidak boleh beri sebarang alasan atas kegagalan mereka menjaga kebajikan penduduk negeri tersebut. Masalah air kotor, kadar HIV tinggi, jenayah tinggi, anak luar nikah ramai dan lain-lain lagi menjadi indikasi penting bagaimana PAS yang mendabik dada sebagai parti Islam gagal dari semua segi.

Kepakaran pemimpin PAS hanyalah memberi alasan atas kegagalan mereka sambil menyalahkan pihak lain. Itu bukan sifat terpuji dalam Islam. Ia adalah perkara yang dilarang. Ternyata PAS itu bukan mewakili Islam. Sekiranya mereka melaksanakan ajaran Islam dengan betul, sudah tentu negeri yang mereka perintah akan makmur dan kaya raya serta rakyatnya sentiasa bahagia.

Oleh itu, apabila Timbalan Menteri Besar Kelantan Amar Nik Abdullah menyifatkan masalah air di negeri itu ibarat pesakit strok memerlukan masa untuk menyelesaikannya, beliau menjadi bahan jenaka seluruh Malaysia. Adakah 33 tahun tidak cukup bagi PAS untuk menyelesaikan masalah air?Jadi berapa tahun masa yang PAS perlukan? 100 tahun?

Sebenarnya parti PAS memerintah Kelantan bagaikan orang kena strok. Semua perkara tidak boleh diselesaikan. Apa yang mereka tahu hanyalah menyalahkan kerajaan Persekutuan sedangkan isu air adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri.

Ironinya, PAS Kelantan tanpa segan silu memberi contoh di Raub, Pahang juga mengalami masalah air sejak 20 tahun seperti Kelantan. Banyak beza masalah air seluruh Kelantan dengan masalah terpencil air di Raub bukan berlaku di seluruh Pahang.

Kelantan bukan sahaja mengalami masalah air yang gagal diselesaikan oleh kerajaan PAS selama 33 tahun. Mereka juga berhadapan dengan pelombongan haram yang tidak pasti samada dalangnya terdiri daripada “orang kerajaan” atau “pencuri dari China” seperti di Kedah.

Penyalahgunaan kuasa dikatakan turut berlaku secara berleluasa di negeri tersebut. Jika kerajaan PAS mengamalkan pentadbiran secara Islam, sudah tentu tidak ada berlakunya salah guna kuasa dalam perlombongan haram nadir bumi (REE).

Kini rakyat Kelantan mempunyai tanggungjawab memilih kerajaan baru di Kelantan. Jika mereka mahu mengubah nasib maka kali ini pastikan anda tidak undi PAS dan Perikatan Nasional. Orang Islam tidak perlu undi PAS. Tidak undi PAS tidak menjadikan anda ahli neraka. Syurga dan neraka adalah milik mutlak Allah s.w.t. PAS langsung tidak ada kuasa menentukan dosa pahala dan syurga neraka kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *