December 18, 2024

Oleh Fatima

PILIHAN Raya Negeri ke 15 (PRN15) yang melibatkan Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan berlangsung pada 12 Ogos 2023. Dua gabungan parti melibatkan PH-BN dan Perikatan Nasional (PN).

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjadi nakhoda pada gabungan PN. Persoalannya Bersatu kini umpama “Tandas Awam”. Menurut sumber, pengaruh kumpulan ‘kartel’ dalam Bersatu begitu tebal sehinggakan mereka menjadikan parti seperti tandas awam atau rumah pelacur kerana sesiapa saja boleh keluar masuk dengan mudah.

Muhammad Faiz Na’aman yang sebelum ini menjadi antara pemimpin kanan yang lantang menyatakan rasa kurang senang dengan keadaan itu menjelaskan, ada individu tertentu yang sudah menyertai parti lain boleh terlibat semula dengan Bersatu.

Ahli Bersatu sendiri yang menganggap parti tersebut sebagai “Tandas Awam” atau “Rumah Pelacuran” maka para pengundi perlu mengambil kira perkara ini dalam membuat keputusan pada 12 Ogos nanti.

Sebagaimana yang kita tahu, calon-calon PN di kesemua 6 negeri tersebut sangat tidak berwibawa. Namun presiden gabungan tersebut menyeru agar diberikan undi untuk menghantar isyarat ke Putrajaya kononnya rakyat tidak menyokong kerajaan Persekutuan.

Seruan tersebut dilihat sebagai tindakan tidak bertanggungjawab PN yang mahu rakyat mengorbankan kesejahteraan negeri mereka dengan memangkah calon-calon PN yang tidak berkredibiliti dan tidak berwibawa untuk kepentingan kehendak “nafsu” pemimpin kanan PN.

Kepentingan rakyat dan negeri bukan untuk diperjudikan. Isu-isu tempatan yang melibat kuasa-kuasa pentadbiran peringkat negeri perlu diberi kepada pihak yang mampu membawa kesejahteraan pada rakyat. Bukan tempat untuk pemimpin tertentu “sakau” harta negeri.

Apa yang pasti, parti Bersatu tidak mempunyai perancangan yang jelas untuk rakyat. Parti tersebut tiada perkaderan. Malah masalah politik dalaman juga menambahkan kerosakan pada parti yang pincang sejak dari awal penubuhan. Oleh itu, pengundi JANGAN pangkah PN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *