September 19, 2024

Berikut adalah petikan berita dari dari laman sesawang www.trdi.my…

DUNGUN, 27 Oktober – Pembinaan kampus tetap Kolej al-Quran Terengganu (KQT) dan Bandar Baharu Lestari Durian Mentangau melengkapkan pelaksanaan 20 manifesto yang dijanjikan PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, projek KQT itu menelan kos pembinaan sebanyak RM370 juta dan dijangka akan mula dibina selepas majlis pecah tanah hari ini.

Kataya, pembinaan kampus tetap KQT itu adalah usaha kerajaan negeri Terengganu untuk mewujudkan kembali institusi pengajian tinggi Islam milik kerajaan negeri atau sebagai ganti Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA).

“KQT perlu mempunyai kampus tetap bagi menampung pertambahan jumlah pelajar serta menaiktaraf KQT menjadi Kolej Universiti menjelang tahun 2025.

“Kerajaan negeri juga berhasrat untuk mewujudkan bandar baru lestari di setiap daerah berpandukan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Pecah Tanah Kampus Tetap Kolej al-Quran Terengganu (KQT) dan Bandar Baharu Lestari Durian Mentangau, Dungun pada pagi tadi.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pendidikan Tinggi negeri, Dato’ Haji Satiful,  Bahari Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dato’ Dr. Alias Razak.

Jelas Ahmad Samsuri lagi, terdapat dua kawasan yang telah dipilih sebagai lokasi projek printis iaitu Bandar Baharu Lestari Durian Mentangau dan Bandar Baharu Lestari Bukit Seraya, Kuala Nerus.

Berita sensasi ini telah dikeluarkan di laman sesawang milik kerajaan negeri https://www.trdi.my/pembinaan-kqt-bandar-baharu-lengkapkan-manifesto-terengganu disaat-saat negara sedang hampir untuk menghadapi PRU15 tempoh hari.

Malah berita sensasi ini telah berjaya membuka mata semua khususnya rakyat di negeri Terengganu sebagai tanda kerajaan PAS negeri berjaya merealisasikan kesemua manifesto yang dijanjikan pada tahun 2018.

Namun setelah berbulan-bulan berlalu, ternyata berita sensasi ini hanya sekadar “gula-gula politik” bagi menghadapi PRU15. Sehingga kini, projek KQT yang menelan kos pembinaan sebanyak RM370 juta dan dijangka akan mula dibina selepas majlis pecah tanah menurut kata-kata Menteri Besar Terengganu sampai ke hari ini masih belum dibangunkan dan ianya seolah-olah indah khabar dari rupa.

Cubalah tinjau keadaan terkini di Durian Mentangau, tiada sebarang kerja-kerja pembangunan untuk penubuhan KQT. Cubalah bertanyakan kepada warga kerja di KQT yang kini sedang beroperasi di Padang Midin, rata-ratanya memberi jawapan yang samar-samar kerana ketidakpastian status sebenar berkenaan KQT yang akan dibina sebagai sebuah Kolej Universiti di Bandar Baharu Durian Mentangau.

Menurut kenyataan daripada pihak kerajaan negeri, KQT akan menjadi sebuah kolej universiti menjelang 2025. Kini kita sedang berada pada pertengahan 2023. Jadi fikir-fikirkanlah… Kerajaan PAS Terengganu perlu bertanggungjawab dalam hal ini. Jangan hanya bijak memberi ‘gula-gula’ kepada rakyat ketika menjelang pilihanraya. Menteri Besar dan EXCO Pendidikan Terengganu harus bertanggungjawab dalam hal ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *