Memorandum Persefahaman (MoU) bukan satu perjanjian muktamad kerana mou hanya bersifat ‘persetujuan prinsip’ dan tidak terikat dengan peruntukan undang-undang.
MoU hanya sekadar persetujuan memberi izin serta ruang bagi kedua atau satu pihak utama untuk membuat kaji selidik atau ‘feasible study’ untuk melihat sejauh mana kesan kepada perniagaan mereka. Jika keputusan kajian itu berimpak positif kepada pihak pelaksana maka projek akan diteruskan dan perjanjian mengikat dari segi perundangan akan dilaksanakan. Di peringkat MoU ini jika pihak pelaksana merasakan projek tersebut tidak membawa keuntungan maka mereka boleh menarik diri dan tiada peruntukan undang-undang yang boleh dikenakan.
Peliknya Projek Strawberry Park ini tiba-tiba muncul ketika pilihanraya negeri hendak dilaksanakan.
- Adakah projek ini di peringkat Mou atau sudah dimuktamadkan dan mulakan pengurusan pembaikan pada minggu ini atau bulan ini?
- Jika kontraktor utama telah dilantik maka adakah kerajaan negeri akan bertindak sebagai pemilik penuh dan akan menanggung segala pembayaran baik pulih dengan menggunakan duit rakyat atau pihak pengurusan hotel iaitu Marriot akan menaggung sepenuhnya kos baik pulih tersebut?
- Jika kerajaan negeri sebagai pembiaya utama maka bilakah tender terbuka dibuat oleh kerajaan Pas Terengganu?
- Jika projek ini penting untuk rakyat kenapa tiada dalam manifesto pilihanraya negeri kali ini?
- Sebagai Kerajaan Sementara(Dun dibubarkan) adakah MB Pas boleh menjalankan kuasa dengan pelancaran projek seperti ini dan apa akan berlaku sekiranya Pas Terengganu kalah? Adakah perjanjian tersebut masih boleh diguna pakai, perjanjian Marriot dengan “Negeri Terengganu Tanpa Kerajaan”.
Adakah projek ini sebagai alat untuk kumpul dana haram kempen politik Pas Terengganu?
Pengubahan wang haram secara terburu-buru ketika negeri bersifat “Care Taker”.
Samsuri, kontraktor iKhasas Land, Marriot, Penasihat Undang-undang Negeri Terengganu dan pihak penjawat awam peringkat tertinggi sewajarnya siasat.
Pihak berkepentingan seperti BN- Pakatan Harapan dan orang awam boleh membuat laporan segera kepada SPRM atas dasar salah guna kuasa dan bimbang wujud aktiviti pengubahan haram untuk pilihanraya negeri ini.
Pas bersih? Tidak, jauh sekali.
Kalau di Kelantan, kerajaan negeri Pas terkenal dengan kerajaan meletak batu asas selama 33 tahun, di Terengganu pula “Kerajaan MoU” yang tidak menampakkan apa-apa projek khas untuk rakyat selama 5 tahun