Hari ini seorang konglomerat Melayu yang ternama, Tan Sri Halim Saad telah memfailkan saman sivil terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas minister Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
Saman tuntutan pampasan berkait dengan kerugian besar yang dialami oleh Halim di dalam urusan ambil alih syarikat United Engineers Malaysia (UEM) Bhd dan Renong Berhad oleh kerajaan.
Halim mendakwa arahan yang diberikan Mahathir dan Nor Mohamed sebelum ini berhubung UEM telah menyebabkan hak konstitusionalnya dilanggar.
Menurut Mohd Johari Abu Bakar, Pengarah Strategik Dan Komunikasi UMNO Terengganu, saman pelanggaran hak oleh Halim Saad ini adalah bukti terbaharu bahawa Mahathir bukanlah pejuang Melayu.
Kempen Mahathir dengan menggunakan slogan ‘Pejuang Melayu’ hanyalah naratif untuk kekalkan hayat politik peribadi beliau sahaja. “Proklamasi Melayu” adalah produk kitar semula Mahathir yang beliau pernah gunakan pada PRU14. Kalau dahulu Mahathir guna “Deklarasi Rakyat-Selamatkan Malaysia” dengan pengumpulan kononnya sejuta tandatangan dari rakyat yang akhirnya terbongkar menipu ‘meniru tandatangan’.
Tambah Johari, apa yang Mahathir buat ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun yang lalu? Hanya 18% sahaja pencapaian Melayu dan Bumiputra di dalam sektor ekonomi. Sedangkan sasaran kerajaan BN ketika itu adalah sekurangnya 30% orang Melayu dan Bumiputra yang bertaraf ‘internasional player’ dalam pelbagai sektor.
Lagi sekali Mahathir menjadi PM, beliau juga sibuk dengan keluarkan kenyataan bahawa kerajaan tidak boleh memberi tongkat kepada Melayu lagi.
Malah Mahathir cuma memanipulasi makna meritokrasi iaitu Melayu perlu bersaing dengan bangsa lain dengan sandaran merit kononnya itulah keadilan bagi semua bangsa.
Terlalu banyak penipuan Mahathir terhadap bangsa sendiri kata Johari lagi.
Natijahnya Mahathir ditolak secara total hingga hilang deposit pada PRU15 yang lalu. Kerusinya kalah kepada calon PPBM yang tidak ternama. Malu teramat sangat Mahathir ketika itu, jelas Johari lagi.
Kini Mahathir muncul lagi apabila tiba musim pilihanraya negeri datang. Kali ini beliau ratib Melayu, Melayu dan Melayu di setiap pelosok kampung yang beliau pergi. Pas pergunakan Mahathir secukupnya kerana bagi Pas, mereka akan tunggang apa sahaja termasuk Mahathir.
Tegas Johari, Mahathir datang Terengganu dengan niat untuk menipu Melayu.