September 19, 2024

TANAH terbiar dalam DUN Kuang akan diusahakan sebagai kawasan pertanian bagi melahirkan usahawan tani dalam kalangan anak muda. – Gambar Hiasan

Oleh ROHANA MAN

KUANG – Tanah terbiar yang luas dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang akan bertukar wajah menjadi kawasan pertanian moden sekiranya calon DUN N.13 Kuang, Datuk Hasnal Rezua Merican dipilih sebagai wakil rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, Sabtu ini.

Memang amat merugikan jika tanah tersebut tidak diusahakan.

Menyedari itu, calon No 1 DUN N.13 Kuang akan melahirkan kelompok usahawan tani moden bagi mengusahakan tanah-tanah terbiar tersebut.

“Kita nak melahirkan usahawan tani dalam kalangan anak muda.

“Ada banyak tanah-tanah kerajaan yang dipegang entiti yang sepatutnya melakukan pembangunan di atas tanah tersebut,” katanya ketika berucap pada majlis ceramah perdana di Kampung Kuang, baru-baru ini.

Beliau memberi contoh, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mempunyai banyak tanah dalam kawasan DUN Kuang.

Menurutnya, antara tanah rezab KTMB terletak di Taman Bunga Raya, Bandar Baru Kundang dan Kampung Cina Kundang.

“Apa yang KTMB nak buat dengan tanahnya?

“Kenapa KTMB masih pegang tanah-tanah ini?

“Kenapa tak nak pulangkan tanah-tanah ini kepada kerajaan atau jual pada harga murah supaya dapat diusahakan rakyat,” soalnya.

Hasnal Rezua berkata, usahawan tani yang ingin beliau hasilkan adalah usahawan yang mengerjakan tanah-tanah yang diberikan atau diberi izin kegunaan atau penyewaan pada kos rendah.

Menurutnya, hasil pertanian tersebut akan dijual pada pasaran yang terjamin.

“Kena ada pasaran terjamin. Saya tak akan laksanakan usaha ini, selagi tidak ada pasaran terjamin,”.

“Saya mahu supaya mereka (usahawan tani) boleh jual hasil pertanian mereka dan tahu di mana mereka boleh menjual hasil.

“Ini antara beberapa iltizam yang saya sudah fikirkan untuk dilaksanakan di DUN Kuang,” kata Hasnal Rezua yang juga Ketua UMNO Bahagian Selayang.

PRN15 #PRNSelangor #Kuang #N13 #TetapSayang #HRM #Perpaduanready #kitaselangor #DemiKestabilan #DemiKemakmuran #Hasnal #HasnalKuang #CalonNo1 #HasnalSatu #HRM1 #SuaraKuang #KuangKuSayang #BandarTasikPuteri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *