September 19, 2024

Permulaan 10,000 unit perumahan untuk penjawat awam akan dibinaTawaran Kita Selangor 5 Tekad Untuk 5 Tahun. - Gambar hiasan.

Oleh Rohana Man

Sebanyak 13 tawaran ditawarkan Kerajaan Perpaduan BN-PH Selangor menerusi pembangunan mampan, selesa dan berdaya huni.

Tawaran yang terkandung di bawah teras keempat 5 Tekad Untuk 5 Tahun Gemilang Selangor itu menawarkan:

▪️200,000 unit Kediaman Kita Selangor yang lengkap dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air serta fasiliti selesa berharga RM250,000 ke bawah bagi warga Selangor serta pembiayaan kewangan dengan institusi perbankan.

▪️Mewujudkan Perumahan Penjawat Awam Kita Selangor khusus buat para penjawat awam Selangor dengan permulaan 10,000 unit.

▪️Mengurangkan kesesakan trafik di Selangor terutamanya di jalan negeri dan PBT melalui koordinasi dengan agensi Persekutuan serta menggunakan sistem pengurusan trafik yang diamalkan di Korea Selatan, Singapura dan lain-lain.

▪️Menawarkan sistem pengasingan sisa di kawasan perumahan dan meningkatkan sistem kitar semula.

▪️Meningkatkan daya tahan taman awam sebagai dwifungsi supaya dapat mengurangkan kejadian banjir kilat.

▪️Menggunakan teknologi automasi dalam sistem kutipan sisa di pihak berkuasa tempatan (PBT).

▪️Melengkapkan panel solar di setiap bangunan Kerajaan Negeri dan PBT dan memudahcara pemasangan solar di kawasan perumahan supaya menjimatkan dan mengurangkan kos tenaga.

▪️Meluaskan penggunaan bas mini dan van melalui Selangor Mobility ke setiap daerah bagi mengurangkan kebergantungan kepada kereta.

▪️Mewujudkan 5,000 pusat pengecasan berkuasa tinggi untuk kenderaan elektrik di kawasan awam dan mengimplementasikan lorong hijau untuk menyelaraskan pemasangan stesen pengecasan di kawasan perumahan.

▪️Memperuntukkan RM100 juta untuk meningkatkan kualiti dan fasiliti jalan di kawasan luar bandar.

▪️Membina sebuah Pusat Rekreasi Kita Selangor di setiap kawasan DUN bagi tujuan riadah dan rekreasi.

▪️ Selangor pusat pembangunan bakat sukan terutama sukan utama di Malaysia dengan memperkasa Akademi Merah Kuning bagi melahirkan bakat terbaik bidang bola sepak. Aspirasi Kita Selangor dengan sasaran tiga serangkai iaitu pasukan Merah Kuning menjadi juara Piala Malaysia, SUKMA dan Liga Super menjelang tahun 2025 dan Piala AFC pada tahun 2027.

▪️Mengusahakan Liga e-Sport Kita Selangor, mengiktiraf pemain e-sports sebagai atlet sukan, dan mengusahakan pengembangan insdustri e-sports sebagai peluang teknologi dan ekonomumi baharu serta membina Pusat E-Sukan Kita Selangor di setiap daerah di Selangor.

PRN15 #PRNSelangor #Kuang #N13 #TetapSayang #HRM #Perpaduanready #kitaselangor #DemiKestabilan #DemiKemakmuran #Hasnal #HasnalKuang #CalonNo1 #HasnalSatu #HRM1 #SuaraKuang #KuangKuSayang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *