October 18, 2024

Pepatah Melayu ada mengatakan “cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar” dan nasihat agar berhati-hati ketika mulakan bicara, “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”.

Sanusi, Menteri Besar Kedah yang dilantik bukan melalui proses pilihanraya tetapi dipilih di kalangan wakil rakyat DUN Kedah apabila berlakunya pertukaran kerajaan akibat krisis hilang kepercayaan kepada kerajaan sebelumnya.

Sanusi dilantik sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya Perikatan Nasional Malaysia. Di sinilah punca Sanusi hilang ‘kewarasan’ sebagai individu yang berjawatan Menteri Besar. Lagaknya tidak cermat dan gopoh serta keceluparan mulutnya tidak dapat dikawal apabila berada di pentas ceramah. Sanusi meraih populariti melalui gaya ceramah yang kasar dengan sumpah seranah terhadap siapa sahaja yang cuba menegurnya termasuk Perdana Menteri.

Akhirnya Pas malu apabila Sanusi menerusi satu ceramahnya dikatakan menghina Duli Tuanku Sultan Selangor yang berakhir dengan Sanusi diheret ke mahkamah.

Bukan terhenti di situ sahaja. Terbaharu Sanusi bakal disaman RM200juta oleh konglomerat terkenal negara, Vincent Tan kerana Sanusi memfitnah beliau merujuk kepada satu projek di Selangor.

Pas bertambah malu apabila skandal rompakan terancang sumber bernilai negeri Kedah, nadir bumi dikatakan mula menunjukkan ada hubung kait dengan Sanusi menurut Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution?

Akhirnya Sanusi mula dinasihat untuk tidak berada di pentas ceramah dan Pas terpaksa memberi 1001 alasan kepada penyokong tegar mereka di Kedah.

Semakin jelas, MB Kedah bukanlah Sanusi selepas pilihanraya negeri Kedah dan juga bukannya Pas sebagai kerajaan negeri.

Tiga tahun Pas memerintah Kedah, berapa banyak harta rakyat ‘hilang’? Apa Pas buat untuk rakyat Kedah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *