Siapa di belakang tabir program membawa pengundi Terengganu yang berada di luar untuk pulang mengundi di kanpung masing-masing?
Jika lihat kepada iklan yang diedarkan secara agresif dan besar-besaran, anda akan dapati seolah-olah wujud satu jajaran kerjasama antara Al-Azhar Care, Yayasan Islam Terengganu dan Kerajaan Pas Terengganu.
Al-Azhar Care adalah NGO yang tampil membuat tawaran bas percuma pulang mengundi, Pengerusi Al-Azhar Care, Alif Mahari juga dilantik sebagai Pengurus kepada Pusat Pemulihan Dadah milik kerajaan negeri menerusi Yayasan Islam Terengganu.
Adakah secara kebetulan, Pengurus Pusat Pemulihan Dadah Negeri Terengganu, Alif Hariri diberi tanggungjawab mengurus ‘entiti manifesto Pas PRU14’ yang lalu atau manifesto MENUBUHKAN PUSAT PEMULIHAN PENAGIH DADAH ini diwujudkan sebagai ‘vehicle’ atau ‘mesin dobi duit’ untuk kepentingan parti Pas?
Timbul keraguan dan persoalan, berapa kos yang terlibat di dalam pengambil alihan Pusat Latihan Khidmat Negara di dalam yang lengkap dengan fasiliti dan tanah seluas 40 ekar ini? Apakah ianya milik kerajaan negeri Terengganu?
Manifesto PRU14 ini Pas tunaikan segera tetapi tidak kepada janji untuk membina rumah percuma kepada rakyat dan menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan yang sepatutnya.
Apakah manfaat pusat ini lebih besar daripada keutaam rakyat secara keseluruhannya.
Pusat ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri dengan operasi khidmatnya adalah percuma. Besar perbelanjaan ini sedangkan pusat pemulihan adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan. Kenapa kerajaan Pas Terengganu bersungguh mewujudkannya?
Tanggungjawab sosial yang paling utama dari kerajaan negeri kepada rakyat adalah menyeluruh dan bukannya ada agenda tersembunyi.
Pusat pemulihan dadah percuma dan kini bas pulang mengundi percuma. Kenapa tidak sediakan pengangkutan percuma membawa mahasiswa/wi pulang beraya di dua hari raya?
Memang wajar SPRM dan PDRM bertindak menyekat kegiatan jenayah rasuah.