December 19, 2024

Beberapa persoalan timbul mengenai projek “Bas Percuma Balik Mengundi Untuk Anak Terengganu”.

1. Benarkah Al-Azhar Care adalah NGO yang diberikan hak mengurus pusat pemulihan dadah negeri Terengganu(melalui Darul Barakah milik Yayasan Islam Terengganu) dan dikatakan mendapat peruntukan besar dari kerajaan Pas Terengganu?

2. Benarkah Pengerusi NGO Al-Azhar Care adalah pengurus yang dibayar gaji oleh YIT bagi mentadbir Pusat Pemulihan Dadah milik kerajaan Terengganu?

3. Pusat Pemulihan Dadah ini adalah manifesto Pas Terengganu pada PRU14. Yayasan Islam dikatakan membeli Pusat PLKN untuk dijadikan Pusat Pemulihan Dadah, berapa kos pembelian tersebut? Rumah murah dan lain-lain janji banyak lagi yang belum tertunai dan kenapa pusat ini menjadi keutamaan Pas Terengganu?

4. Bas yang disediakan percuma menggunakan wang Yayasan Islam Terengganu atau Al-Azhar Care?

Diharap pihak SPRM menyiasat “money trail” program bas percuma ini dan adakah dibenarkan Presiden NGO yang sentiasa memohon dana dari orang awam menjadi pengurus sebuah agensi kerajaan negeri?

Mungkin manifesto Pas Terengganu kali ini berkenaan menjadikan Terengganu sebagai pengeluar makanan terbesar negara ada kaitan dengan Al-Azhar Care?

Pengubahan wang haram boleh dibuat dalam pelbagai cara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *