October 18, 2024

Polis menyiasat seorang calon PAS PRN Terengganu mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan kerana memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan bersuami dengan niat jenayah.

Ketua Polis Terengganu, Mazli Mazlan, berkata ahli politik itu juga sudah dipanggil untuk direkodkan kenyataan.

Beliau berkata, bagaimanapun siasatan masih di peringkat awal.

“Laporan sudah diterima dan siasatan sedang dijalankan polis,” katanya menurut Astro Awani.

Mazli berkata, Seksyen 498 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

SUMBER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *