December 18, 2024

Oleh Fatima

ISU pemimpin PAS mengkafirkan UMNO ini telah berlarutan sekian lama. Penularan video ahli PAS didakwa “mengkafirkan Umno” sewaktu kempen PRN baru-baru ini menghangatkan lagi perkara tersebut. Tular di media sosial seorang wanita bertemu pengundi untuk berkempen bagi calon Barisan Nasional (BN), namun kehadirannya tidak disambut baik.

Pengundi itu, yang juga wanita warga emas, memberitahu beliau tidak mahu mengundi Umno kerana “akan kafir sampai kiamat”. Penularan video itu amat menyedihkan kerana masih ada ahli PAS yang terpengaruh dengan kepimpinan yang dahulunya menanam ideologi mengundi Umno akan rosak akidah dan masuk neraka.

Memetik kenyataan Mahathir Mohamad, beliau berkata PAS sejak dahulu menuduh UMNO sebagai parti kafir dengan kenyataan di dalam Amanat Haji Hadi. 

Jadi isu PAS mengkafirkan UMNO ini bukan isu baru. Cuma apa yang kita boleh katakan, PAS seolah-olah telah mendoktrinkan yang UMNO adalah kafir. Kini mereka sedang buat persediaan menyambut kemenangan mereka dengan menggunakan isu ini.

Pemimpin PAS kini berada dalam keadaan yakin kemenangan akan berpihak kepada Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini meskipun tanpa gabungan itu mengadakan ceramah. Adakah mereka jadi terlalu yakin akan menang setelah kerja “doktrin ” tersebut selesai?

PRN kali ini merupakan pilihan raya yang PAS paling yakin mampu memberi kemenangan besar kepada gabungan itu. Strategi keji PAS yang “menunggang” agama untuk kepentingan politik ini tidak boleh diterima.

Kita harus bezakan antara Islam dan parti. Islam adalah agama, PAS adalah parti politik, dua perkara berbeza. Tidak menyertai PAS, tidak mengundi PAS, tidak sesekali menjadikan kita kufur.

Islam lebih tinggi daripada parti politik. Jangan sesekali kita putus ukhuwah Islamiyah hanya kerana berbeza politik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *