December 18, 2024

Datuk Hasnal Rezua Merican (tiga dari kanan) menyantuni anak muda yang menceburi bisnes pewangi kereta di Kundang Jaya pagi tadi. Golongan muda mendapat banyak manfaat daripada pelaksanaan Tawaran Kita Selangor, 5 Tekad Untuk 5 Tahun.

Oleh ROHANA MAN

TAWARAN terbaik meliputi aspek ekonomi, pendidikan dan pekerjaan berpendapatan tinggi untuk penduduk negeri Selangor ini sukar ditolak.

Apa yang ditawarkan gabungan Barisan Nasional (BN) – Pakatan Harapan (PH) untuk penduduk Selangor adalah demi kesejahteraan dan pembangunan rakyat negeri itu.

Tawaran dibuat bagi menjadikan negeri Selangor terus gemilang untuk tempoh lima tahun lagi.

Tekad pertama menawarkan ekonomi yang unggul dan pendidikan berkualiti yang akan menjadi pemangkin peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.

Berikut aspek ekonomi yang menjadi tumpuan fokus menyentuh 13 perkara.

  1. Fokus usaha pembangunan ekonomi kepada industri pertanian moden, aeroangkasa, rel dan bas elektrik, perkhidmatan 5G, robotik dan automasi, kecerdasan buatan, tenaga boleh diperbaharui dan e-sports.
  2. Menawarkan 100,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada anak-anak muda Selangor dengan menarik pelaburan tempatan dan luar negara.
  3. Mewujudkan tiga perbandaran baharu di Sepang, Sabak Bernam dan sepanjang jajaran Sungai Klang diterajui PKNS, MBI dan sektor swasta, lengkap dengan perumahan mampu milik untuk rakyat Selangor.
  4. Mewujudkan lebih banyak Taman Perindustrian Mampan ke arah menjadikan Selangor negeri neutral-karbon dan meningkatkan komitmen kepada piawai ESG.
  5. Melengkapkan keterhubungan 5G supaya Selangor menjadi negeri 5G tercekap di Asia Tenggara.
  6. Mewujudkan Jajaran Kita Selangor yang menghubungkan perkhidmatan rel di Klang ke Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Sabak Bernam.

7.Menghubungkan jajaran rel di KLIA ke Tanjong Sepat dan Sungai Pelek agar Wilayah Pantai Barat Selangor menjadi Koridor Perkhidmatan Rel.

  1. Menawarkan latihan TVET bagi 10,000 anak muda Selangor dengan kerjasama syarikat teknologi tinggi seperti Apple, Siemens,Festo dan Dassault Systems.

9.Meluaskan skop peserta program Tuisyen Rakyat Selangor percuma kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dengan sasaran 200,000 peserta.

10.Menawarkan kelas pembelajaran bahasa percuma seperti Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Jepun dan Korea.

11.Bantuan Mahasiswa Kita Selangor berjumlah RM1,500 kepada setiap mahasiswa.

12.Menawarkan peluang latihan industri (internship) dengan bayaran RM1,500 sebulan bagi 2,000 anak muda Selangor.

13.Merangsang kemahiran kreatif generasi muda dan belia dengan mewujudkan Geran Digital Kita Selangor, mensasarkan 10,000 Duta Kreatif Kita Selangor dengan peruntukan RM5 juta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *