December 18, 2024

Datuk Hasnal Rezua Merican bersama Koh Wee Chee memberi risalah kepada penduduk sambil diperhatikan Salasiah Desa dan Chong Ten Lee dekat SJKC Kundang, petang tadi.

Oleh Lea Azalea

Mohd. Rafiq Abdullah mendakwa ‘jodoh’ Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) terjalin hasil ‘kahwin paksa’.

Hal demikian mungkin kerana Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Sungai Buloh itu melihat dari luaran gabungan BN-PH membentuk Kerajaan Perpaduan yang baru terjalin selama tujuh bulan.

“Dua parti dari dasar politik yang sangat berbeza ini ‘kahwin paksa’.

“PH dengan dasar Malaysian For Malaysia memperjuangkan hak kebebasan agama.

“Mana boleh dasar politik BN yang memperjuangkan hak keistimewaan Melayu bergabung dengan PH”.

Itu antara petikan isi ceramah kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor 2023 pertama beliau di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Kuang baru-baru ini.

Untuk rekod, gabungan BN-PH adalah menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong agar menubuhkan Kerajaan Perpaduan bagi mengakhiri kemelut pembentukan kerajaan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sementara itu, Rafiq, 48, dari Bersatu adalah calon bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.13 Kuang atas tiket Perikatan Nasional (PN).

PN pula ialah gabungan lima parti iaitu Bersatu, Parti Islam Se-Malaysia (Pas), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

Dalam ceramah sama, Rafiq dengan yakin mengatakan gabungan BN-PH adalah paksa rela disebabkan mahu kuasa.

“Mereka sesama sendiri akan self destruct. PH tak akan biar BN menang sebab mereka nak juga kerusi itu. Kalau menangkan BN nanti BN nak kerusi lagi dan akhirnya akan gaduh,” katanya.

Pada hemat penulis, bukan urusan Rafiq untuk menilai bahagia atau tidak ‘kahwin paksa’ BN-PH itu kerana beliau perlu fokus dengan tanggungjawab yang akan dipikul sebagai bakal wakil rakyat jika menang kelak.

Peduli hal ‘rumah tangga’ sendiri sebelum nak selak kain dalam orang!

Hakikatnya, Rafiq adalah calon import dari Sungai Buloh yang bertanding kerusi DUN N.13 Kuang di bawah Parlimen Selayang.

Bersatu bergolak kerana Datuk Azman Yaakob tidak tercalon, sedangkan penduduk Kuang mahu Ketua Bersatu Bahagian Selayang itu menjadi wakil rakyat mereka dan menolak Rafiq yang dianggap orang luar.

Sementara itu, Rafiq harus menelan balik kata-katanya kerana gabungan BN-PH semakin menunjukkan keserasian dan tidak lagi canggung seperti yang dilihatnya semasa hari penamaan calon pada 29 Julai lalu.

Rafiq patut melihat komitmen tinggi pasukan jentera pilihan raya PH membantu Ketua UMNO Bahagian Selayang, Datuk Hasnal Rezua Merican yang bertanding kerusi DUN N.13 Kuang atas tiket BN.

Buktinya pada Program Menyantuni dan Edaran Risalah kepada Ibu Bapa Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kundang hari ini, Hasnal Rezua diiringi Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Selayang, Salasiah Desa.

Turut hadir ialah AJK PKR Cabang Selayang, Koh Wee Chee, AJK PKR Kundang, Wong Hin Won dan bekas Pengerusi PIBG SJKC Kundang, Chong Ten Lee.

Program kira-kira setengah jam itu dilihat meriah dengan suara lantang Wee Chee menyebut ayat ‘Ee Hau’ bagi memperkenalkan Hasnal Rezua sebagai Calon No 1.

Terdahulu sebelah pagi, Hasnal Rezua bersama jentera UMNO dan PKR melakukan Ziarah Kasih bagi menyantuni penduduk pelbagai kaum yang uzur dan sakit di Kampung Sungai Serai, Kampung Setia dan Kampung Damai.

PRN15 #PRNSelangor #Kuang #N13 #TetapSayang #HRM #Perpaduanready #kitaselangor #DemiKestabilan #DemiKemakmuran #Hasnal #HasnalKuang #CalonNo1 #HasnalSatu #HRM1 #SuaraKuang #KuangKuSayang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *