September 19, 2024

Oleh Fatima

Jelajah Mega PN Best semalam telah mengundang kemarahan rakyat negeri yang diperintah Perikatan Nasional (PN) kerana mereka tahu itu adalah pembohongan yang melampau dan menguris hati rakyat. PN kononnya menawarkan 100,000 peluang pekerjaan dalam tempoh 30 tahun antara 17 tawaran utama dalam manifesto mereka untuk PRN di Kedah.

Tahukah anda apa yang berlaku di negeri yang diperintah PN? Terengganu yang berkerajaankan PAS sebelum ini telah “mengeksport” rakyat ke luar dari negeri tersebut untuk mendapatkan pekerjaan. Kerajaan PAS tidak berusaha menyediakan pekerjaan untuk anak Terengganu pun. Mereka tubuhkan agensi bawa rakyat Terengganu kerja di luar pula.

Perkara tersebut didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) THRDC, Aminuddin Omar sendiri. Beliau tanpa segan silu menyampaikan “berita gembira” untuk rakyat Terengganu apabila sebuah syarikat di Shah Alam, Kilang Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn.Bhd. menawarkan kerjasama kepada kerajaan negeri bagi mengisi kekosongan peluang pekerjaan yang memerlukan 800 pekerja dari Terengganu.

Bayangkan bagaimana nasib rakyat Malaysia jika PN mendapat kuasa. Mereka mungkin akan suruh rakyat negara kita mendapatkan pekerjaan di luar negara sebagaimana pekerja Indonesia dan Bangladesh bekerja di negara kita.

Terengganu Human Resource Development Centre (THRDC) adalah sebuah syarikat mencari pekerjaan untuk rakyat Terengganu. Malangnya rakyat Terengganu terpaksa berhijrah keluar untuk mencari rezeki demi sesuap nasi.

Oleh itu, apabila Presiden PAS Hadi Awang berkata “Kita akan jayakan ‘The Greater Kedah’, selaras dengan Kedah sebagai tempat orang miskin berteduh, tempat orang kaya berbakti,” pada pelancaran tawaran PN Kedah maka rakyat Terengganu yang terpaksa mencari rezeki di luar negeri tersebut menyuarakan rasa tidak puas hati mereka. Tambahan pula Hadi Awang juga dari Terengganu.

Kini PN dilihat menjanjikan bulan dan bintang bagi menipu rakyat agar mengundi mereka. Berlainan dengan gabungan Barisan Nasional-PH yang hanya menjanjikan apa yang realistik dan benar sahaja. Oleh itu, rakyat perlu pastikan mereka hanya percaya apa yang benar sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *