November 15, 2024

MOHD RAFIQ ABDULLAH ketika berceramah di Kampung Kuang, Sungai Buloh malam semalam.

Oleh Lea Azalea

Sebagai muka baru bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.13 Kuang, kemunculan pertama ceramah kempen Mohd. Rafiq Abdullah amat dinantikan.

Maklumlah, dengar cerita Rafiq yang juga Ketua Bersatu Bahagian Sungai Buloh seorang calon ‘eksklusif’ yang sukar didekati petugas media.

Justeru, ceramah sulungnya di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Kuang semalam adalah peluang terbaik untuk mengenali bakal wakil rakyat DUN N.13 Kuang itu.

Namun inti pati ceramah beliau selama setengah jam itu tidak ada apa yang menarik, melainkan isu retorik dan lapuk.

Nampaknya beliau lebih selesa menyemai politik kebencian dan tanpa malu melabelkan pemimpin PH (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan BN (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) sebagai bodoh.

“Tak ada benda baik pun untuk penduduk!”. Itu antara komen penonton yang sempat penulis curi dengar pada akhir ceramah.

Rafiq dilihat seolah-olah hilang arah apabila tidak fokus dengan tanggungjawab sebagai bakal wakil rakyat Kuang.

Nada ceramah beliau juga kedengaran seperti suara PAS, bukan beridentitikan perjuangan Bersatu.

Tanpa berselindung, beliau menganggap pembangunan setempat bukan keutamaan pada ketika ini.

Sebaliknya, beliau mengetengahkan isu Kalimah Allah dan hak kebebasan beragama.

Isu yang dibangkitkan itu boleh mengelirukan umat Islam.

Sebagai orang luar yang bertanding, Rafiq perlu bijak mengutamakan keperluan penduduk setempat.

Isu nasional biar pimpinan tertinggi parti uruskan. Jangan pula yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

Rafiq tidak seperti Datuk Hasnal Rezua Merican, iaitu calon dari pihak lawan mewakili BN.

Berbeza Rafiq, Hasnal Rezua mengambil cakna pembangunan setempat menerusi platfrom wish list bagi mengenal pasti permasalahan penduduk.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Selayang meneruskan tradisi menyantuni penduduk Kuang dengan hashtag #BNtetapsayang tanpa mengira perbezaan politik.

Inilah baru dikatakan pemimpin berjiwa besar yang sepatutnya dipilih rakyat.

Selain Rafiq dan Hasnal, Sallehudin Amiruddin bertanding atas tiket Bebas bagi merebut kerusi DUN N.13 Kuang.

PRN15 #PRNSelangor #Kuang #N13 #TetapSayang #HRM #Perpaduanready #kitaselangor #DemiKestabilan #DemiKemakmuran #Hasnal #HasnalKuang #CalonNo1 #HasnalSatu #HRM1 #SuaraKuang #KuangKuSayang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *