December 18, 2024

Malam tadi calon Perikatan Nasional, Rafiq Abdullah mengatakan beliau bersyukur kerana Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri kerana boleh mengetahui betapa bodohnya Anwar.

Rafiq adalah calon impot dari Sungai Buluh. Beliau merupakan Ketua Bahagian PPBM di sana dan bukannya PPBM Bahagian Selayang. Untuk rekod, Dun Kuang sepatutnya di bawah PPBM Bahagian Selayang dan bukannya Sungai Buluh.

Kenyataan Rafiq mengenai “bersyukur diberi peluang kedua” adalah salah sama sekali. Itu merupakan pembohongan dan sengaja ingin mengelirukan dan memperbodohkan pengundi Kuang.

Pilihanraya negeri adalah untuk memilih kerajaan negeri dan bukannya kerajaan pusat.

Negeri-negeri lain telah sempurnakan tanggungjawab masing-masing ketika pilihanraya umum yang lalu.

Rakyat diberi mandat memilih negeri dan kerajaan persekutuan apabila tiba masanya dan bukan 6 negeri (Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pulau Pinang) ini istimewa dari pilihanraya Dun bagi negeri yang telah selesai baru-baru ini.

Naratif sesat dibawa oleh Rafiq calon pilihan Muhyiddin merupakan skrip kempen pilihanraya negeri yang disediakan untuk hafalan calon-calon PN dan bukannya fakta sebenar sebaliknya auta sahaja.

Menjadikan Anwar dan Zahid sebagai sasaran di dalam kempen juga adalah naratif yang perlu dibawa oleh calon PN di seluruh negeri.

Anda perhati betul-betul isi ceramah calon PN, apa janji mereka buat untuk Dun jika mereka menang?

Ratib Anwar, Anwar, Zahid, Zahid sahaja yang mereka tahu. Paling memalukan, ada calon PN bila ditanya apa manifesto yang dibawa untuk pengundi Dun tersebut? Calon PN jawab, rahsia dan tunggu beliau menang dahulu.

Pengundi boleh menilai dan membuat perbandingan, calon mana yang ingin membawa kemakmuran kepada rakyat dan negeri. Pilih calon dan parti tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *