September 19, 2024

Oleh Fatima

JIKA direnungkan tindakan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang berucap di ruang solat di sebuah masjid di Kuang hanya berkisar mengenai dasar Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT)kumpulan 1975 sahaja. Namun ianya mengundang keresahan dihati penyokong calon-calon bukan dari Barisan Nasional (BN).

Fahmi menjawab persoalan tersebut di laman Twitter, beliau menegaskan yang dirinya singgah di masjid itu untuk bersolat dan hanya dijemput oleh kariah masjid untuk mengulas mengenai isu membabitkan persembahan kontroversi kumpulan The 1975 baru-baru ini.

“Saya singgah untuk solat Zohor sahaja di masjid itu, sebab ia masjid paling dekat dengan lokasi program seterusnya. Alang-alang di situ, saya dijemput oleh kariah Masjid untuk ulas sedikit isu Kumpulan 1975. Tiada langsung sentuh isu lain,” katanya.

Kumpulan 1975 dari United Kingdom baru-baru ini mencetuskan kontroversi selepas vokalisnya mencium pemain gitar lelaki ketika persembahan di Festival Good Vibes, selepas mengkritik kerajaan kerana melaksanakan dasar anti-LGBT.

Ini menyebabkan Fahmi membatalkan festival muzik berkenaan, manakala kumpulan itu dilarang daripada membuat persembahan di negara ini.

Walaubagaimana pun , pihak Jais mengingatkan dan menegaskan kepada semua calon dan parti yang bertanding supaya berhati-hati ketika berada di dalam dan kawasan masjid / surau bagi mengelakkan sebarang perlakuan yang boleh membawa kepada perbuatan yang melanggar titah DYMM Sultan Selangor dan ketetapan Mais (Majlis Agama Islam Selangor).

Moga Fahmi lebih berhati-hati dalam perkara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *