September 20, 2024

Dalam saf kepimpinan Pas Kedah, Takiyuddin antara pemimpin yang dilihat mempunyai latar belakang pendidikan dan kerjaya yang baik. Bercakap sopan dan tuturnya sentiasa menjadi perhatian dari penyokong Pas apabila beliau berada di pentas ceramah.

Betul atau tidak fakta yang dibawa bukan suatu yang penting bagi pengikut Pas, janji ada ayat menyerang UMNO BN, PH dan Dap.

Sekarang di Kedah, graf penyokong Pas menurun dengan mendadak apabila Pas Kedah terlalu memuja Sanusi sehinggakan diberi gelaran Pahlawan Melayu walaupun semua orang tahu bahawa Sanusi bukannya Melayu tulin kerana galur ayahnya adalah dari China. Tidak pasto ayahnya masuk melalui jalan sah atau PATI.

Keceluparan Sanusi sehingga menghina Sultan Selangor dan berakhir ke mahkamah atas tuduhan tersebut. Sebelum ini Sanusi terkenal dengan keceluparan menyerang PMX, menteri pusat yang lain malah adiknya yang menyokong Anwar Ibrahim juga turut menjadi mangsa serangan mulut jahatnya.

Kini Pas Kedah dikatakan belum putuskan siapa Poster Boy, iaitu siapa Menteri Besar Kedah yang baharu sekiranya Pas menang. Sanusi sendiri tidak berani mengeluarkan kenyataan.

Takiyuddin anak kelahiran Kedah tetapi malangnya tidak dicalonkan di pilihanraya negeri Kedah, jika dicalonkan Takiyuddin berpotensi menjadi Menteri Besar.

Pilihanraya negeri adalah penentu bagaimana rakyat di negeri tersebut bakal menjalani kehidupan mereka dalam tempoh 5 tahun mendatang.

Perut rakyat dan ekonomi negeri perlu diberi perhatian dan bukannya meletak harapan kepada individu yang tahu berceramah memaki hamun orang sahaja.

Rakyat tidak kenyang dengan maki hamun Sanusi, negeri tidak maju dengan MB hanya aktif berceramah politik sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *