December 18, 2024

Ezza Suria, wanita yang tampil membuat pengakuan bahawa dirinya teraniaya, digantung tidak bertali, keliru adakah beliau telah diceraikan talaq tiga oleh suaminya iaiti YB Pas Kemasik penggal lalu yang mana masih dicalonkan sekali lagi pada pilihanraya negeri kali ini.

Menurut Ezza, beliau cuba hubungi suaminya, Saiful Azmi melalui pelbagai cara termasuk menghantar pesanan dengan aplikasi WhatsApp namun tidak pernah berbalas.

Saiful juga dikatakan tidak hadir pada hari yang sepatutnya mereka berjumpa. Ezza hanya ingin mendapat kepastian status dirinya sekarang, apakah masih berstatus isteri atau sudah diceraikan dan jika diceraikan, talaq berapa?

Ezza mendakwa telah meminta bantuan daripada Haji Hanafiah dan juga ahli parlimen Kemaman,Hj Alias supaya dapat mempertemukan beliau dengan Saiful namun kesemuanya tidak membantu malah bersikap dingin.

Tambah Ezza beliau yakin Hadi Awang juga mengetahui kisah dirinya dan saiful namun pelbagai alasan diberikan untuk tidak bertemu dengannya. Ezza membuat rakaman suara sumpah laknat khas untuk Hadi Awang mendengar dan mengambil tindakan namun tiada sebarang respon.

Apa yang Ezza kesalkan adalah kenyataan Hadi Awang seolah menafikan wujudnya skandal hubungan haram beliau dan Saiful.

Jelas Ezza, ramai pemimpin Pas tahu kerana beliau membuat pengakuan jujur duduk perkara sebenar skandal beliau ini. Hubungan terlarang berlaku ketika beliau masih isteri orang dan Saiful memujuknya untuk meminta cerai dari suaminya.

Bersambung, Ezza dedah Saiful aniaya OKU dan ibu tunggal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *