November 17, 2024

Bergegar Pas Terengganu apabila di hari penamaan calon tersebar pengakuan seorang wanita yang mendakwa beliau digantung tidak bertali oleh calon Pas bagi Dun Kemasik.

Sebenarnya di dalam pengakuan bersumpah wanita tersebut bukan sahaja isu pernikahan mereka di Golok, Thailand tetapi lebih dasyat dari itu.

Baca betul-betul pengakuan di dalam akuan bersumpah yang disebarkan itu. Wanita yang bernama Ezza Suria binti Muda mendedahkan bagaimana beliau merasakan ditipu hidup-hidup oleh wakil rakyat Pas penggal lepas dan menjadi sekali lagi calon bagi Dun Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili.

Dalam pengakuan bersumpahnya Ezza mengaku berzina dengan Calon Pas Kemasik yang ketika itu adalah Adun Kemasik hasil kemenangannya pada PRU14.

Mengejutkan, perbuatan tersebut berlaku ketika keduanya masing-masing mempunyai pasangan suami/isteri yang sah.

Menurut Ezza, Saiful Azmi sering mengadu isterinya mengidap sakit lelah. Pertemuan pertama mereka adalah di hotel sekitar Cherating dan kemudiannya di Kuantan dan Kuala Lumpur.

Hadi Awang dan Samsuri cuba tepis isu ini? Adakah nikah di Siam bagi seorang YB Pas itu perkara lekeh dan gantung tidak bertali isteri yang dinikai di Siam itu remeh?

Wanita yang dinikahi samada di dalam negara atau luar negeri mempunyai hak yang sama dan jika berlaku perceraian ianya bukan suatu yang kecil. Bagi Samsuri kes kerajaan negeri jual tanah kepada entiti PAS adalah kecil dan kes isteri YB Pas digantung tidak bertali juga kecil?

Baca selanjutnya dari SUMBER

Tunggu video pendedahan seterusnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *