November 17, 2024

Selama berkempen, berceramah bukan main lagi pemimpin memuji golongan muda dengan pelbagai pujian. “Pelapis perjuangan”, “anok mude set kite”, boleh dikatakan pemimpin Pas Terengganu dan seluruh negara meratib saban waktu betapa hebatnya orang muda yang menyokong mereka.

Hakikatnya hari ini apabila Pas Terengganu menampilkan calon, berapa orang dari golongan muda? Jika diamati secara kasar tidak sampai pun 10%, itu pun diambil dari umur 45 tahun dan ke bawah. Adakah calon dari golongan orang muda tiada yang layak atau pemimpin di peringkat atas tidak ingin lepaskan jawatan walaupun sudah berpenggal menjadi wakil rakyat?

Dalam Islam, bercakap kena jujur dan berjanji kena betul.

Pas masih tidak mempercayai golongan muda berbanding dengan calon Barisan Nasional(BN) yang meletakkan hampir 20% calon dari golongan muda. Pemimpin BN yang lama menjadi penasihat kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *