November 17, 2024

Oleh Shah Midzam

PRN ini anda perlu melihat hutan, bukan pokok. Anda perlu melihat pasukan, bukan individu. Anda perlu melihat gabungan parti, bukan parti.

Mungkin pasukan anda adalah bersifat sementara, tetapi anda perlu memenangkan mereka.

Jika, anda kalah dengan pasukan hari ini, bagaimanakah anda mahu terus hidup dan mara ke hadapan?

Sekali pun DAP atau PKR, anda patut memenangkan mereka, kerana mereka sebahagian daripada pasukan anda ketika ini.

Anda mungkin menyatakan penulis sudah berpaling tadah dan mengejek penulis sebagai barua DAP atau PKR.

Tetapi, apa yang penulis nyatakan adalah realiti dan rasional politik ketika ini.

Anda yang emosional kerana tidak boleh menyokong DAP atau PKR kerana permusuhan lama.

Emosi tidak terpakai dalam politik.

Dr Mahathir pun tidak dapat bercakap atas pentas PAS jika PAS tidak rasional dan terus dalam emosi marah pada Mahathir.

Tetapi, mereka lakukan kerana mereka mahu menang. Ya, masuk demokrasi tentulah mahukan kemenangan.

Begitu juga dengan penyokong UMNO, anda mesti pragmatik, rasional, dan realistik dengan keadaan semasa.

Kalau ini pun anda tidak faham atau tidak dapat terima, anda tidak akan berjaya dalam permainan politik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *