November 17, 2024

“Jika kita hina ayah kita, kita maki dia, dia cari gaduh dengan dia dan kita caci dia, tiba-tiba satu hari kita minta duit dengan dia, anda fikir dengan logik, ayah akan senang-senang bagi?” analogi mudah dari Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Undang-Undang Reformasi dan Institusi) dan juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia apabila menegaskan betapa perlunya Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri sebaris, sekata dan sefahaman.

“Ada negeri yang sehingga kini tidak mampu membayar gaji kakitangan kerajaan negeri dan meminta bantuan dari pusat”

“Ada ketua kerajaan negeri yang sentiasa nampak bersikap tidak manis dengan kerajaan Pusat dengan menyerang peribadi PM dan sebagainya, akhirnya minta bantuan juga…”

Lihat dari segi tanggungjawab kerajaan pusat dan negeri dalam ‘Senarai Bersama’:
Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan
-Keharmonian dan Kestabilan Kerajaan Pusat Dengan Kerajaan Negeri:
Senarai Persekutuan, Senarai Negeri.
Senarai Bersama dalam perlembagaan persekutuan menonjolkan keperluan kerjasama dan sinergi yang rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Kerajaan Persekutuan memainkan peranan penting bersama Kerajaan Negeri dalam pelbagai aspek yang melibatkan pembangunan negeri. Ini termasuk kerjasama melalui beberapa Jawatankuasa sedia ada seperti Majlis Tanah Negara, Majlis Air Negara, Majlis Tindakan Persekutuan Negeri dan Mesyuarat Menteri Besar & Ketua-Ketua Menteri.

Kesimpulannya, jika kerajaan negeri dan kerajaan pusat Sekata,Sebaris dan Sefahaman maka tidak timbul soal pentadbiran yang terlalu ‘politiking’ sehinggakan rakyat menjadi mangsa.

“Gajah sama gajah berlawan, semut mati di tengah-tengah” – DS Azalina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *