September 20, 2024

Produk dari UMNO juga yang dicari. Bukti bahawa produk UMNO berkualiti dan Perikatan Nasional tidak percaya kepada muka baharu dalam dunia politik.

Bukannya tiada ahli PPBM atau Pas yang โ€˜freshโ€™ dan tiada kaitan dengan UMNO tetapi Muhyiddin dan kepimpinan tertinggi PPBM meragui keupayaan calon selain UMNO apabila berhadapan dengan rakyat. Jika menang, bagaimana cara untuk mengurus rakyat dan negeri bukan suatu perkara yang boleh disamakan dengan mengurus persatuan kampung atau kelab memancing dan seumpamanya.

Tidak siapa menyangka Muhyiddin membuat keputusan meminggirkan kepimpinan PPBM di Dun tertentu apabila memilih calon yang tidak keluar dari UMNO pun. Contohnya Harisson yang memegang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Buluh. Beliau tidak keluar parti UMNO.

Begitu juga Norazley, bekas ketua pemuda UMNO Kuala Selangor, beliau keluar parti UMNO dan terus menjadi calon pilihan Muhyiddin.

Keputusan Muhyiddin menunjukkan PPBM mengamalkan dasar kuku besi. Muhyiddin tunjukkan betapa berkuasanya dan besarnya kuasa beliau. Buktinya bagi Dun Kuang, Muhyiddin meminggirkan Ketua Bahagian PPBM Selayang sebagai calon tetapi meletakkan Rafiq Ketua Bahagian PPBM Sungai Buluh sebagai calon Dun Kuang.

Muhyiddin sedang merosakkan PPBM, kata ahli dan penyokong kuat Perikatan Nasional Selayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *