BAGI pengemar satay, penulis cadangkan anda singgah di Sate Sri Subang yang terletak di Kuang. Hidangan satay di sini sangat sedap secukup rasa dengan nasi impit lembut yang melengkapkan hidangan tersebut.
Sate Sri Subang juga dianggap sebagai satay terbaik Selangor oleh ramai pelanggan. Mereka kembali menjamu selera di kedai setiap kali “teringin” makan satay memandangkan rasanya yang lazat.
Alamat : Jalan Kuang, Kampung Cempedak, 47000 Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
Waktu Operasi: selasa – ahad 17.30 – 23.00, tempat makan malam best di sungai buloh
Mee Bandung turut menjadi pilihan pengunjung ke Sate Sri Subang. Satay dan Mee Bandung adalah pilihan yang paling popular di kalangan pelanggan. Jadi jangan lupa makan kedua-dua hidangan ini di Sate Sri Subang.